top of page

MOHD HAFIS BIN JANDU

D20201095562

Kanak-kanak kurang upaya penglihatan

Kanak-kanak kurang upaya penglihatan dibahagikan kepada dua kumpulan

Kanak-kanak buta 
Kanak-kanak penglihatan terhad

​

  1. Kanak-kanak buta adalah mereka yang tidak dapat lihat apa-apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa. Mereka menggunakan tulisan braile. Mereka perlu menggunakan tongkat untuk bergerak ke mana-mana sahaja

  2. Kanak-kanak penglihatan terhad mempunyai keupayaan untuk melihat dan boleh membaca , melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain lagi. Mereka perlu ditempatkan di hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek dan kebolehan untuk belajar. Bagaimanapun kanak-kanak ini memerlukan perkhidmatan Pendidikan khas untuk berjaya dalam Pendidikan. Contohnya seperti bahan dengan saiz huruf besar, buku-buku yang dirakam pada pita audio dan buku-buku braile.

download.jpg
download (7).jpg

1. Peka terhadap perkembangan anak-anak.

Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan anak-anak. Peranan mereka terhadap kanak-kanak khas ini sangat penting bagi membantu dalam membimbing mereka membentuk jati diri sendiri. Sokongan yang kuat membantu kanak-kanak khas ini terus berusaha dengan lebih baik bagi memperolehi kejayaan. Oleh itu, antara peranan yang boleh ibu bapa lakukan ialah peka terhadap perkembangan anak-anak. Hal ini penting bagi ibu bapa agar faham keadaan kanak-kanak sama ada dia memerlukan bantuan khas atau pun tidak memerlukan lagi. Jika ibu bapa tahu perkembangan anak-anak , ibu bapa boleh bersedia dan membantu anak serba sedikit untuk mengatasi kekurangan yang dihadapinya. 

2. Sentiasa memberikan Kerjasama dalam membentuk tingkah laku dan akademik anak mereka.

ibu bapa hendaklah sentiasa memberikan Kerjasama dalam membentuk tingkah laku dan akademik anak mereka. Dalam hal ini, kakak-kanak khas memerlukan semangat yang sangat tinggi untuk membentuk tingkah laku dan akademiknya sendiri. Justeru Ibu bapa perlulah menjadi kaki atau tangan kedua mereka bagi membantu mereka agar tidak mengalah dengan cabaran yang dihadapinya. 

3. Memberi latihan kepada anak sewaktu mereka berada di rumah dan memastikan mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi.

Ibu bapa perlu memberi latihan kepada anak sewaktu mereka berada di rumah dan memastikan mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak khas ini memerlukan latihan yang banyak supaya boleh menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapinya. Kanak-kanak khas yang kurang Latihan ini mungkin tidak selesa dengan masalah yang dihadapinya dan mungkin akan menyebabkan emosinya tidak stabil. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa memantau kanak-kanak khas ini supaya tidak terlepas dengan latihan harian yang mereka lakukan setiap hari

4. Memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan efektif

ibu bapa juga hendaklah sentiasa memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan efektif. Dalam hal ini, kanak-kanak khas ini memerlukan refkleksi yang baik terhadap setiap apa sahaja yang dilakukan selagi apa yang dilakukan itu betul. Ini adalah cara untuk menghargai setiap apa yang mereka lakukan adalah betul dan diterima oleh semua orang. Justeru, ibu bapa perlu bersikap positif setiap apa yang dilakukan oleh anak-anak khas ini walaupun apa yang dilakukannya itu salah. Ibu bapa perlulah tegur dengan cara yang lembut agar mereka tidak emosi mereka tidak terganggu. Nilai kesabaran adalah nilai yang paling penting dalam mendidik anak-anak khas ini.

download (6).jpg

Cabaran daripada ibu bapa kepada guru apabila meletakkan harapan yang tinggi kepada guru untuk mengubah anak mereka. Dalam hal ini, apabila mereka mula sedar tentang masalah yang dihadapi anak mereka, ibu bapa mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan mengharap guru-guru ini boleh mengubah masalah anak-anak mereka dengan begitu sahaja walhal guru hanya guru hanya mendidik mereka di sekolah sahaja. Tetapi dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas, guru pendidikan khas merasakan mereka mampu membawa perubahan kepada anak-anak istimewa ini. Sungguhpu begitu, ibu bapa perlulah bekerjasama dengan guru supaya masalah anak-anak ini mampu berdikari di masa akan datang.

Budak buta.jpg
bottom of page